Minggu, 10 Agustus 2014




Pelajaran Bagi kita:
Ahmad bin Idris abad ke-19 Masihi yang lalu. Nama lengkap beliau dikatakan Ahmad bin Idris bin Abdullah bin Hussin Al-Muthanna bin Abi Muhammad Sayyidina Husin al-Sibt, cucu Nabi Muhammad s.a.w. Jurai keturunan beliau yang dihubungkan sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ahmad bin Idris dilahirkan di kampung Arayish, Maisur, Fez, Morocco pada tahun 1172 H( 1757 Masihi) daripada keluarga Sharif di Morocco. Beliau sejak kecil lagi dididik dalam disiplin agama dan kemudian berguru kepada beberapa ulama dan ahli sufi yang terkenal. Di antara guru sufi yang pernah menjadi guru beliau ialah Abdul Wahab al-Tazi, dan daripada ahli sufi ini beliau menerima Tareqat al-Khadiriah al-Aziziyah. Tareqat yang kedua yang pernah diterimanya ialah Tareqat Shadhiliyah, yang diterima daripada Abi Qasim al-Wazir dan Tareqat Khalwatiyah yang diterima daripada Syeikh Hasan bin Hasan Bek al-Qanai.

            Meskipun Ahmad telah berguru dengan beberapa orang ahli sufi yang terkenal dan telah menerima tareqat mereka masing2, namun beliau nampaknya tidak lekas hanyut dalam pelbagai ajaran tareqat tersebut. Contohnya dapat dilihat kepada suatu peristiwa yang terjadi antara beliau dengan seorang syeikh dan ahli sufi, yang juga terkenal di Moroko pada waktu itu. Ahli sufi yang di maksudkan ialah al-Arabi al-Darqawi, yang mempunyai ramai muridnya, di samping Ahmad  bin Idris sendiri. Pada suatu hari ketika syeikh itu sedang mengajar murid-muridnya yang sedang mengelilinginya, tiba2 beliau berdiri sambil bertelanjang dan menudingkan jarinya kepada Ahmad sambil berkata, "Tengok seorang suci, yang tidak sama dengan qhawth yang lain dan seorang qutb, tidak sama dengan aqtab yang lain." Ahmad segera mengalihkan pandangannya ke arah lain, lalu membuka jubah yang dipakainya dan kemudian dicampakkan kepada gurunya itu. Sejak itu, syeikh tareqat tersebut tidak pernah bertelanjang lagi,Maha besar allah swt.Ahmad fuadi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar